Bharian, COVID-19: Hari Penguat Kuasa Ke-48 KPDNHEP disambut hari ini

Rosol melawat dan meraikan petugas secara kecil-kecilan di ECC, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, petang tadi. - NSTP/FOTO IHSAN KPDNHEP
PUTRAJAYA: Sambutan Hari Penguat Kuasa Ke-48 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), hari ini, tidak dapat diraikan dengan meriah seperti tahun sebelum ini.
Ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Namun, ‘kesuraman’ itu terubat apabila Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid, mengambil inisiatif meraikan petugas di Bahagian Penguat Kuasa kementerian terbabit biarpun secara kecil-kecilan.
Rosol berkata, pegawai dan anggota penguat kuasa ialah antara tunjang penting KPDNHEP dalam melaksanakan fungsi kementerian.
“Ketika orang lain dapat duduk di rumah bersama keluarga sepanjang PKP, warga penguat kuasa KPDNHEP tetap komited menjalankan tugas turun padang memantau barang keperluan dan harga barang serta menerima aduan awam.
“Saya berbesar hati kerana dapat turun melihat operasi Bahagian Penguat Kuasa, hari ini, dan pada masa sama, menzahirkan penghargaan atas komitmen mereka yang bekerja keras demi menjaga kepentingan pengguna, terutama ketika negara melalui tempoh PKP yang sudah masuk fasa ketiga ini.
Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebanyak 8,592 aduan sudah disiasat di mana sebahagian besar adalah mengenai harga barang, selain isu transaksi dalam talian, perkhidmatan mengelirukan, barang kawalan dan dagangan palsu.
“Ia bukan satu tugas mudah bagi mengendalikan sebegitu banyak aduan untuk diambil tindakan sewajarnya, apatah lagi penguat kuasa kita bekerja tanpa mengira waktu.
“Justeru, kita berharap, pengguna dapat bertolak ansur jika ada aduan yang mengambil sedikit masa untuk tindakan.
“Ini berikutan banyak prosedur siasatan perlu diperhalusi sebelum sesuatu tindakan boleh diambil,” katanya.
Sumber : bharian.com.my